SHAH ALAM: Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak semalam dengan tema Mensejahtera Kehidupan Rakyat,
mengundang reaksi pelbagai daripada rakyat segenap golongan.
Tinjauan krew Antarapos sehari selepas pembentangan berkenaan bagi
mengetahui isi hati dan penerimaan mereka mendapati, rata-ratanya
menghargai usaha kerajaan yang mengumumkan pelbagai inisiatif dalam
meringankan bebanan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang,
terutama selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Antara inisiatif yang mendapat reaksi positif rakyat adalah pengumuman
kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), had pelepasan cukai
bagi golongan berpendapatan sederhana (M40), kenaikan kadar gaji minimum
dan bonus kepada kakitangan awam.
"Alhamdulillah ada perubahan dari semasa ke semasa.. BR1M ditambah,
lepas itu kemudahan untuk warga tua, kemudahan pembiayaan sekolah, bagi
orang yang tak berkemampuan ini mampu menyelesaikan masalah dari segi
kewangan," kata seorang peniaga kecil-kecilan, Jamal Yunus.
Ujar lelaki berkenaan, sungguhpun pelbagai inisiatif diumumkan
kerajaan, namun 'bahang' pelaksanaan cukai GST sejak April lalu
benar-benar menghimpit rakyat, khususnya buat golongan berpendapatan
rendah sepertinya.
"Kalau boleh kurangkan peratusan berbanding sedia ada.. sepatutnya 3
peratus dulu. Pada orang yang sara hidupnya bawah RM2,000 dan duduk di
bandar memang terasa kesempitan kewangan. Mungkin kita tak pasti masa
akan datang diturunkan atau dinaikkan lagi, kalau boleh tak mintak
naik," katanya yang meniaga buah-buahan.
Seorang kakitangan swasta yang juga ibu kepada lima anak yang masih
bersekolah, Uma Nagalinggam, 41, berpendapat bantuan serta inisiatif
kerajaan sewajarnya ditambah seiring dengan kenaikan harga barangan.
"BR1M itu kalau boleh ditambah lagi.. Bantuan persekolahan RM100 kalau
boleh tambahkan lagi.. kerana kalau orang yang ada anak lima, RM100 itu
tak cukup.
"Perbelanjaan untuk buku-buku semua tidak cukup.. Walaupun kita gaji
RM3,000 atau RM4,000 tapi harga barang banyak naik. Jadi RM100 ini sikit
sangat. Kalau boleh ditambahkan kepada RM250.. Sebab tak cukup..
anak-anak saya bila membeli buku atau alat tulis, harganya memang mahal.
Anda tak dapat beli buku banyak," katanya yang berasal dari Klang.
Beliau bagaimanapun kecewa apabila mengetahui Bantuan Awal Persekolahan
1Malaysia sebanyak RM100 bagi setiap murid pada setiap awal atau hujung
tahun, hanya akan diberi kepada mereka yang penjaganya berpendapatan
bawah RM3,000 sebulan mulai sesi 2016.
Bagi beliau, bantuan tersebut patut diperluaskan kepada golongan ibu bapa yang berpendapatan sederhana.
Pendapat beliau turut disokong oleh seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Khairunisa Mohd Zakiri, 18.
"Pada pendapat saya, sebagai pelajar, harga barang naik, nak beli barang susah. GST patut dihapuskan.
"BR1M ditambah, tapi tak semua yang dapat BR1M kan..jadi untuk yang dua-dua belah itu (perlu adil)," ujar Khairunisa.
Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Mariah Mahmud berkata, bajet yang
dibentangkan perdana menteri semalam sememangnya bertepatan dengan
temanya iaitu Mensejahtera Kehidupan Rakyat.
Bagaimanapun beliau mengharapkan kesemua yang dijanjikan itu bukan
sekadar pernyataan semata-mata, sebaliknya perlu disertakan dengan
tindakan.
"Sepatutnya kerajaan apabila cakap kena buat betul.. jangan cakap saja
kemudian tidak laksanakan.. sebagai rakyat, kita nak betul-betul
kerajaan tunaikan janji. Apa yang dikata kena kotakan
"Kalau begitu, baguslah sebab kata mensejahtera rakyat. Bagus, tapi
kita nak tengok sama ada betul atau tidak.. Sebagai rakyat Malaysia saya
sokong apa yang kerajaan buat sekarang ini tapi biarlah berpegang
kepada janji. Jangan janji tinggal janji," ujar wanita berusia 40-an
itu.
Najib semalam mengumumkan Bajet 2016 bertemakan Mensejahtera Kehidupan Rakyat yang menggariskan lima tunjang utama.
Lima tunjang utama itu - memperteguh ketahanan ekonomi negara,
meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga
modal insan, memperkasa agenda Bumiputera dan meringankan kos sara
hidup.
Menerusi Bajet 2016, kerajaan memperuntukkan RM267.2 bilion, dengan
RM215.2 diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion bagi
perbelanjaan pembangunan.
1 ulasan:
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Catat Ulasan