PUTRAJAYA: Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa
esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, kata
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahad.
"Ini bermakna tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup
esok," katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau.
Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 4 petang
tadi, empat kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor
(106), Banting (101), Pelabuhan Klang (117), Shah Alam (108) di
Selangor. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan