Tan Sri Abdul Gani Patail perlu keluar daripada "persembunyiannya" dan menjelaskan berhubung siasatannya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Abdul Hamid Bador.
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) itu dalam surat terbukanya kepada Putrajaya mempersoalkan mengapa bekas peguam negara itu hanya "diam membisu seribu bahasa".
Menurut Hamid, dalam pertemuan terakhirnya bersama Gani sebelum dipindahkan, bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut dan mengatakan kes itu "sangat jelas".
Hamid mempersoalkan mengapa Gani mendiamkan diri seribu bahasa selepas dipecat dan beliau difahamkan, bekas peguam negara itu diugut agar tidak melawan. "Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.
"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.
"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya dalam surat terbuka itu yang dieadrkan kepada media malam tadi.
Gani disingkirkan ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas berhubung skandal 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan