HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Oktober 2015

Tiada istilah fobia dalam PAS - Nasruddin

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KOTA BHARU: Tidak wujud istilah fobia di dalam PAS terhadap tindakan sesetengah pemimpinnya keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata hal sedemikian bukan pertama kali berlaku di dalam PAS, namun kerana perjuangan parti berlandaskan Islam, maka PAS tetap terpelihara sehingga ke hari ini.
 
"Tidak, kerana ia telah menjadi sunnatullah. Sejak dari zaman Rasulullah hingga zaman kita akan sentiasa ada orang-orang yang tercicir atau terkeluar dari landasan perjuangan Islam. 
 
"Bukan sahaja jemaah Islam, malah Islam itu sendiri pun masih ada yang mengucap dua kalimah syahadah, kemudian keluar dari Islam. Itu tidak dapat dinafikan terjadinya sepanjang zaman. Namun hal sebegini tidak beri kesan, tidak perlu fobia sebab pemimpin pergi dan datang," katanya ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Nasrudin mengulas sikap yang diambil PAS kini selepas sebilangan bekas kumpulan progresif parti itu yang diketuai Mohamad Sabu bertindak keluar parti dan kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Tindakan tersebut diambil selepas mereka kalah dalam pemilihan parti Jun lalu, ditambah pula tidak sealiran dengan kepimpinan ulama yang didokong oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Malah pendirian PAS memutuskan hubungan dengan DAP juga tidak disenangi kumpulan berkenaan.
 
"Orang yang berpendirian teguh, yang sabar akan tetap bersama dalam perjuangan dan mereka layak diberikan kemenangan. Manakala orang yang mudah merajuk dan kecewa pula tidak mengapa jika hendak tinggalkan perjuangan dan ia tidak beri kesan kepada parti," tegas Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
 
Bukan itu sahaja, Nasruddin menyatakan keyakinannya bahawa ahli-ahli PAS tidak tergugat dengan kehadiran Amanah meskipun parti tersebut membawa agenda Islam yang dilihat mirip dengan PAS.
 
Dan kerana itulah ujarnya ahli-ahli di setiap peringkat perlu diberikan maklumat yang tepat sekiranya timbul isu tertentu di dalam parti.
 
"Parti akan terus bergerak dan ia akan dijamin, sebab itu cara Islam dan syariat itu disampaikan bahawa perjuangan islam sentiasa dipelihara Allah SWT. Jika tidak sudah lama ia berkubur," katanya.
 
Amanah ditubuhkan pada 16 September lalu sebagai menyambung kerjasama parti-parti pembangkang selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai tidak lagi wujud ekoran perbalahan berterusan antara DAP dan PAS.
 
Namun tidak menunggu terlalu lama, Amanah kemudiannya menyertai Pakatan Harapan, iaitu sebuah gabungan pembangkang yang baru yang juga dianggotai PKR dan DAP.
 
PAS sebaliknya mengambil pendirian untuk tidak bersama di dalam gabungan itu.
 
 

1 ulasan:

77777 berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D



Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..


Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))




angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


angka GHOIB; malaysia


angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


angka GHOIB; laos