ANTARAPOS.COM
PULAU PINANG: Kami tidak akan biarkan Presiden PAS keseorangan dalam
usaha mengukuhkan perundangan Islam, kata ahli akar umbi PAS di negeri
ini.
Jurucakapnya, Jaafar Osman berkata pendirian muktamad Datuk Seri Abdul
Hadi Awang untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) kerana ia bekerjasama dengan DAP dan Amanah, disokong seratus
peratus oleh ahli akar umbi kawasan itu.
“Kami tidak akan membiarkan beliau keseorangan bercakap soal mengukuhkan undang-undang untuk umat Islam,” katanya.
Lebih 30 ahli akar umbi PAS sekitar negeri ini berdemonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Lebuh Acheh.
Perhimpunan secara aman itu berlangsung kira-kira 10 minit sambil dikawal lebih 10 anggota polis.
Kumpulan itu membawa pelbagai sepanduk mengecam Penasihat DAP, Lim Kit
Siang; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng
dan para pemimpin utama PPBM.
Jaafar yang juga ahli PAS kawasan Balik Pulau berkata, undang-undang
berkaitan umat Islam di negara ini perlu diperkukuhkan dan orang bukan
Islam mempunyai hak sama ada mahu mengikutinya atau tidak.
“Dalam isu rumah judi contohnya, adakah umat Islam tidak boleh
melakukan sesuatu dari sudut undang-undang Islam bagi melarang mereka
berkunjung ke premis berkenaan?” katanya.
Seorang lagi ahli PAS, Mohd. Tarmizi Abdul Hadi pula berkata, pemimpin
tertinggi DAP dan PPBM perlu mencermin diri sebelum mengkritik
kepemimpinan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan