HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Oktober 2017

Tanah runtuh: Tiga maut, 11 masih tertimbus

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah di sini,  ditemukan pada jam 1.20 minit tengah hari tadi.
 
Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang maut berjumlah tiga orang setakat ini.
 
Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan siasatan secara menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca kejadian tanah runtuh itu.
 
"Kejadian ini satu insiden kemalangan di tempat kerja, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah. Siasatan biasa tidak memadai.
 
"Saya mahu satu siasatan menyeluruh dijalankan untuk memastikan punca sebenar kejadian," kata Guan Eng dipetik Astro Awani.
 
Beliau turut melawat lokasi runtuhan berkenaan.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, dilaporkan 14 buruh sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit sebelum ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 35 meter.
 
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) masih giat mencari dan menyelamat baki 11 lagi mangsa yang tertimbus dan dikhuatiri maut. 


Tiada ulasan: