Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kelunakan yang
cuba ditunjukkan Umno melalui ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa
terhadap parti itu hanyalah 'perang saraf'.
Mohd Amar berkata, ia tidak lebih sekadar untuk merosakkan imej PAS dan menimbulkan persepsi wujudnya perbincangan antara dua parti itu di kalangan anggota dan penyokong PAS.
"Itu strategi, (perang) saraf dia. Tujuannya untuk menjauhkan orang PAS daripada parti.
"Dia nak timbulkan keraguan agar orang PAS fikir adanya perbincangan dengan Umno," katanya kepada Malaysiakini selepas program ceramah '27 tahun Membangun Bersama Islam' di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, malam tadi.
Terdahulu, Annuar menyifatkan Umno dan PAS mempunyai "DNA yang sama" malah mengesyorkan agar kedua-dua parti untuk duduk semeja demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
Katanya, pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata di peringkat negeri itu, Umno dan PAS sudah jelas tidak akan bekerjasama seperti yang dinyatakan sendiri Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pada 15 Oktober lalu, Mustapa berkata matlamat Umno Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tetap untuk merampas semula negeri itu selepas 27 tahun di bawah pentadbiran PAS.
"(Strategi Annuar) tak berjaya sebab Tok Pa sendiri buat kenyataan jelas, tiada kerjasama dengan PAS.
"Kita kena dengar Tok Pa sebab dialah pengerusi (dan bukannya Annuar)," katanya lagi.
Setiausaha Agung PAS dan anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan juga sebelum ini menafikan kerjasama itu, dan berkata tidak akan ada rundingan dengan Umno berhubung kerjasama dalam PRU akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan