THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Ketagihan
internet dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja boleh mendominasi
kehidupan mereka malah merosakkan pergaulan sosial, menggugat fikiran,
pembelajaran serta mengganggu emosi, kata isteri perdana menteri Datin
Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata keadaan itu juga mampu menjejaskan hubungan
kekeluargaan selain mengurangkan penglibatan golongan itu dalam bidang
sukan dan rekreasi.
“Ketandusan hubungan kekeluargaan mengakibatkan kurangnya pemupukan nilai murni serta ‘role modelling’ yang diperlukan untuk mendidik anak-anak menjadi seorang dewasa yang bertanggungjawab dan pencinta kedamaian.
“Ini adalah masalah inter-generasi yang berkitar dan kelak boleh meningkatkan risiko anak-anak menjadi mangsa dan pemangsa jenayah siber,” katanya ketika berucap merasmikan seminar #CyberSafe: Memelihara Keselamatan Wanita dan Kanak-Kanak di Alam Siber, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Rosmah yang juga penaung Program Permata, turut menarik perhatian peserta seminar itu dengan menyatakan bahawa hampir 45 peratus kanak-kanak pada usia tujuh hingga sembilan tahun sudah mahir menggunakan internet manakala 92.5 peratus pula daripada kalangan mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawasi apa yang ditonton, didengar dan dibaca oleh anak-anak di internet,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmah berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang dipetik daripada akaun palsu.
“Ternyata niat jahat penyebar adalah untuk mewujudkan konflik antara pelbagai pihak dan saya juga tidak terlepas menjadi mangsa ‘fake news’ (berita palsu),” katanya.
Justeru beliau mahu pihak bertanggungjawab seperti Agensi Keselamatan Siber Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat semula perundangan untuk menyesuaikan undang-undang, dasar, peraturan serta penguatkuasaan supaya relevan dengan perkembangan semasa.
Seminar sehari anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia itu dihadiri kira-kira 1,200 peserta daripada agensi swasta, golongan remaja, kanak-kanak dan peserta Permata.
Seramai 11 panel penceramah daripada pelbagai agensi antaranya Unit Jenayah Komersial dan Siber Jabatan Peguam Negara, MCMC serta Polis Diraja Malaysia menyampaikan ceramah masing-masing, selain turut menampilkan dua personaliti terkenal tanah air iaitu Harith Islandar dan Lisa Surihani yang bertindak sebagai moderator.
Antara tajuk yang dibincangkan adalah memelihara keselamatan alam siber, menangani ancaman jenayah siber dan mengurangkan bahaya ancaman siber.
Terdahulu pengerusi seminar itu yang juga presiden NCWO Tan Sri Profesor Emerita Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata pihaknya berbangga dengan usaha negara dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Katanya pada 2 Okt lepas, Rosmah telah diundang oleh World Childhood Foundation di bawah naungan Permaisuri Sweden, Queen Silvia Renate Sommerlath untuk membentangkan usaha Malaysia menangani jenayah itu pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York.
“Pembentangan melalui rakaman video itu dikagumi dan Malaysia dipelawa menyertai ‘Global Partnership Initiative’ bagi membanteras keganasan terhadap kanak-kanak,” katanya. — BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan