PERTH: Ahli arkeologi menemui 400 struktur batu misteri di pinggir
gunung berapi yang dipercayai berusia sehingga 7,000 tahun di kawasan
padang pasir terpencil di wilayah Harrat Khaybar di Arab Saudi.
Struktur batu yang ditemui menggunakan aplikasi Google Earth itu
digelar sebagai 'pintu gerbang' kerana ia kelihatan seperti objek
tersebut jika dilihat dari atas.
Ia dibina di kubah lava purba di mana kepanjangan sebahagian
daripadanya berukuran empat kali ganda saiz biasa padang bola sepak.
Penyelidik di University of Western Australia, David Kennedy berkata,
tujuan binaannya dan usia sebenar struktur tersebut masih tidak
diketahui.
"Pintu gerbang tersebut dibina daripada batu manakala dindingnya
dihasilkan secara kasar dan rendah. Sisa aliran lava boleh dilihat pada
permukaan sebahagian struktur tersebut yang menandakan usianya adalah
lebih tua daripada aliran lahar tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, pintu gerbang paling kecil berukuran 13 meter (m)
panjang manakala yang terpanjang adalah 518 m, lapor Daily Mail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan