TELUK INTAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mana didakwa
melakukan seks luar tabii dengan seekor haiwan di hadapan kedai aksesori
kereta di Jalan Changkat Jong, Rabu lalu.
Perbuatan itu dapat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan
menjadi viral di laman sosial, memaparkan aksi lelaki itu mendukung
anjing, duduk di depan pintu pagar kedai berkenaan dan melakukan
perbuatan jijik terhadap anjing itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd
Mokhtar berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai
kejadian.
"Bagaimanapun, polis akan cuba mengenalpasti dan mengesan lelaki dalam rakaman CCTV itu,” katanya.
Pemilik kedai aksesori kereta itu yang enggan namanya didedahkan
berkata kejadian berkenaan berlaku pada hari Deepavali, kira-kira 8
pagi.
Menurutnya, dia tidak melihat kejadian itu kerana premisnya masih belum dibuka ketika ia berlaku.
“Namun apabila sampai dan saya periksa rakaman CCTV, barulah saya dapat saksikan kejadian itu.
"Saya difahamkan, lelaki itu adalah gelandangan, selalu berkeliaran di
kawasan ini. Saya percaya anjing itu tidak bertuan,” katanya.
Dia berkata hanya berkongsi video dari CCTV itu kepada rakannya namun tidak menyangka ia kemudiannya menjadi viral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan