HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Januari 2018

Timbalan Pengetua MRSM, anak direman tujuh hari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang Timbalan Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Selangor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa dalam pembekalan keperluan pelajar.
 
Turut sama direman bersama-sama suspek wanita berusia 48 tahun itu ialah anak lelakinya yang berusia 24 tahun dan pemilik syarikat berusia 40 tahun.
 
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret P Sarulatha, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
 
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 1 Februari depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
 
Semalam, media melaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu.
 
Sumber berkata, wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan barangan keperluan pelajar yang berjumlah lebih kurang RM79,000 secara rundingan terus.
 
Sumber menyebut, suspek dikesan melakukan perbuatan itu tanpa mengikut prosedur antara 2016 dan 2017.
 
 

Tiada ulasan: