Menurut Saifuddin, gandingan itu akan membawa Malaysia ke landasan betul semula seperti ketika kedua-duanya memimpin pentadbiran negara pada tahun 1990-an.
Jelasnya, ia akan mengubah imej Malaysia yang dianggap tercalar dengan kelemahan pentadbiran oleh Barisan Nasional (BN) pada masa ini.
“Tak pernah dalam sejarah kita ada gabungan pembangkang yang paling kuat seperti ini.
“Kita menggabungkan gelombang besar yang telah berjaya membawa Malaysia ke persada dunia dengan imej yang gemilang, Mahathir dan Anwar.
“Kita nak bawa kembali malaysia kembali ke landasan yang betul,” kata beliau dalam ucapan alu-aluan konvensyen PH Pahang hari ini.
Saifuddin berkata kekuatan PH ditunjukkan melalui kejayaan memilih calon perdana menteri dan mengagihkan kerusi untuk ditandingi, lama sebelum pilihan raya diumumkan.
PH menamakan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PH juga menetapkan agar Anwar mengambil alih jawatan perdana menteri itu apabila dapat menjadi ahli Parlimen sekali lagi.
Anwar yang kini dipenjara kerana disabitkan untuk kali kedua atas kesalahan liwat, menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1993 hingga 1997 di bawah Dr Mahathir.
Dalam ucapannya hari ini, Saifuddin juga berkata kekuatan PH itu turut diakui oleh pemimpin negara luar apabila wakil Kesatuan Eropah (EU) menghubunginya minggu lalu untuk bertemu dengan Mahathir.
“Isnin pagi wakil duta EU kata nak jumpa calon PM Pakatan Harapan.
“Dia (wakil EU) kata mereka tak pernah jumpa barisan pembangkang yang bekerjasama yang erat yang kerjanya semakin hari semakin tersusun,” kata Saifuddin.
Khamis lalu, 14 wakil kumpulan diplomat EU mengadakan pertemuan dengan delegasi pemimpin parti diketuai Dr Mahathir.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, pertemuan yang berlangsung dua jam itu diadakan di kediaman Duta EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernández, disertai 14 duta dan tiga charge de affairs negara-negara EU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan