HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Januari 2018

Kenapa hadi Tidak Nak 'Ubi Ini" ?

AKHBAR RAKYAT


Oleh Mohd Sayuti Omar

Menurut Abdul Hadi Awang dalam konsep menamakan pemimpin dalam Islam tidak ada, tidak diajar di zaman Nabi. Sebab itu Pas tidak suka dan tidak menamakan sesiapa sebagai bakal perdana menteri di pihaknya. Dalam hubungan itu beliau mengkritik PH apabila menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM.

Jika didengar kepada laungan Pas yang ingin bertanding di 130 kerusi dan berharap akan menang dengan simple majoriti bermakna parti itu berpeluang untuk jadi PM. Justeru eloklah kalau Pas juga menamakan PM daripada pihaknya?

Kenapa Pas malu untuk menamakan sesiapa sebagai PM. Apakah kerana sudah dapat membaca keputusan pilihan raya nanti Pas jauh panggang dari api untuk mendapat majoriti mudah maka ia tidak menamakan calon PM?

Jangan begitu, Pas harus berjiwa besar dan yakin. Kalau Pas bertanding 133 kerusi tidak mustahil ia akan memperolehi 112 kerusi dan melayakkan Pas untuk memimpin negara. Apa lagi kajian yang dibuat menunjukkan Pas mendapat 63% undi. Kajian itu menunjukkan kemenangan kepada Pas. Ataua kajian itu palsu?

Dan kalau Abdul Hadi malu hendak dinobatkan dirinya sebagai calon PM, beliau boleh berkias untuk itu. Mcam orang nak berbini tetapi malu nak sebut kpada mak dia, maka tatkala maknya tanya nak makan apa, dia pun sebut, "nak ubi ni.." beberapa kali. Maknya kebingungan sebab yang direbus bukan ubi tetapi pisang.

Selepas difahami kata-kjata anaknya itu baru si ibu faham, "nak ubi ni" itu maksudnya nak berbini.
Hadi atau Pas boleh pakai kiasan itu, "nak ubi ni... nak ubi ni". Apa nak malu dan peliknya jika kita layak dan mampu zahir dan batin berbinilah. Berbini sunah Nabi. Trims.

Tiada ulasan: