HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Januari 2018

Muhyiddin Cuba Satukan Pakatan Harapan – Warisan Dengan Formula 60 : 40






Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Sabah untuk menyatukan Parti Warisan Sabah (Warisan), pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dengan parti-parti, DAP, PKR dan Amanah peringkat negeri.

Pada sidang akhbar di Kota Kinabalu PH Sabah berkata mereka menawarkan formula 60-40 untuk pengagihan kerusi antara gabungan pembangkang itu dengan Warisan iaitu 60 peratus daripada 60 kerusi negeri diberi kepada Warisan dan 60 peratus daripada 25 kerusi parlimen diberi kepada PH.

Timbalan Pengerusi PH Sabah, Stephen Wong berkata gabungan itu amat berharap agar WARISAN bersedia untuk menerima formula itu.

“Saya optimis bahawa dengan tawaran ini dan visi bersama, kita boleh menyelesaikannya,” kata Wong yang dipetik oleh Malay Mail Online.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin PH Sabah diheret dalam perang mulut dengan pemimpin WARISAN berhubung cara terbaik untuk meneruskan pakatan pilihan raya.

Sabah adalah satu-satunya negeri di mana PH masih belum memuktamadkan rundingan kerusi parlimen mereka.

Muhyiddin, yang berkata HARAPAN Sabah mesti memuktamadkan calon mereka menjelang akhir Januari, berkata Presiden Warisan Shafie Apdal adalah seorang ‘kawan baik’.

Muhyiddin dan Shafie adalah rakan lama yang bersahabat baik ketika mereka bersama dalam Umno.

Tiada ulasan: