HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Januari 2018

Semakin ramai bersama kami, kata penyokong kempen rosakkan undi

 
Kedua-dua penyokong dan penentang kempen #UndiRosak membentangkan hujah mereka.

Maryam-Lee1
Maryam Lee berkata sokongan kepada kempen #UndiRosak tertumpu di kawasan bandar.


KUALA LIMPUR: Seorang aktivis yang menyokong kempen supaya orang ramai merosakkan undi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berkata gerakan itu semakin mendapat tempat di kalangan orang muda.

Maryam Lee memberitahu sebuah forum membincangkan #UndiRosak, hashtag yang digunakan penyokong kempen itu di media sosial, ia kerana ramai tidak berpuas hati dengan tawaran yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), gabungan pembangkan yang mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Menurutnya, orang muda sudah “letih” dengan permainan politik kedua-dua pihak, dan berkata ia semakin terserlah di kawasan bandar.

“Kempen #Undi Rosak ini semakin ramai diterima terutama di kawasan bandar dan yang paling banyak menyokong adalah di Kuala Lumpur,” katanya di forum “Undi Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya?” malam tadi.

Kempen #UndiRosak menjadi subjek perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini, dan dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Dr Mahathir, yang menuduh pemimpin Umno di sebalik kempen itu.

Minggu ini, hashtag #UndiRosak berada di kedudukan topik 10 teratas yang paling rancak dibincangkan di Twitter di kalangan pengguna Malaysia.

Ia muncul selepas PH pada 7 Januari lalu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Ini diakui Maryam, yang berkata ia petanda PH boleh memerintah dengan lebih buruk daripada BN.

“Pembangkang mahupun BN sama macam budak-budak,” katanya.

Tiada ulasan: