HULU TERENGGANU: Umat
Islam hari ini diingatkan agar lebih berwaspada dengan bentuk serangan
pemikiran yang cuba ditanam bagi melemahkan Islam selepas serangan
ketenteraan.
Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia,
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, musuh-musuh Islam telah
melancarkan serangan baharu bagi merosakkan pemikiran umat Islam.
Menurutnya, terdapat beberapa eleman yang cuba diterapkan agar kekuatan umat Islam itu dapat dilemahkan.
"Umat Islam menghadapi serangan baru setelah berlakunya serangan ketenteraan. Mereka (musuh) melancarkan serangan pemikiran.
"Pertama, mereka menjalankan gerakan
Tansiriyah; iaitu gerakan menasarakan orang Islam. Dan kedua, gerakan
Taghribiyah iaitu membaratkan orang Islam," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika
merasmikan Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu di Pondok
Ibtidai, Batu 22, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, di sini semalam.
Katanya, bagi menjayakan misi tersebut
pihak musuh-musuh Islam cuba menerapkan kefahaman itu dalam bidang
pendidikan dengan membina sekolah-sekolah misionari.
Sekolah-sekolah tersebut ujarnya adalah
sekolah Kristian sama ada jajahan Inggeris, jajahan Belanda, jajahan
Perancis untuk mengkristiankan orang Islam.HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan