HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Januari 2018

Kempen #UndiRosak rosakkan demokrasi negara - TPM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BAGAN DATUK: Kempan #UndiRosak yang dimainkan oleh pembangkang bagi meminta rakyat agar memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) boleh merosakkan demokrasi.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, malah tindakan itu yang mahu menjadikan kempen itu trending di laman sosial juga bakal merosakkan pilihan raya.
 
Menurut Ahmad Zahid, sedangkan kewujudan pelbagai kaum dan agama di negara ini merupakan satu keistimewaan rakyatnya yang sentiasa menghormati agama serta budaya kaum lain.
 
“Ada pihak mahu memecah dan merosakkan kita terutamanya untuk PRU-14 akan datang dengan membuat kempen #UndiRosak dan mereka jadikan ia sebagai satu trending untuk rosakkan pilihan raya itu.
 
“Kita harus melihat bahawa hari pengundian sama ada undi kerajaan sedia ada atau tidak. Itu hak masing-masing tetapi demokrasi mesti dilaksanakan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Fiesta Ponggal Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini hari ini


Tiada ulasan: