AGAK mengelirukan kenyataan Ketua Umno-BN Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto, Gua Musang, semalam, 25 Januari 2018.Seperti yang dilaporkan oleh akhbar _Sinar Harian_, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, _"kita tiada masalah kerana kita akan sokong siapa sahaja yang menentang seteru kita"_, yang diterjemahkan oleh pemberita akhbar itu sebagai membawa makna “BN akan menyokong siapa sahaja yang menentang seteru parti termasuk PAN”.Sementara agak jelas bahawa istilah 'seteru parti' yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada “PAS”, agak kurang jelas:Apakah istilah "kita tiada masalah” dan “kita akan sokong” yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada 'Umno-BN Gua Musang' sahaja atau 'Umno-BN Kelantan' mahupun 'Umno-BN Malaysia'?Apakah bentuk sokongan yang akan Umno-BN berikan kepada PAN yang tergambar di dalam ayat “kita akan sokong siapa sahaja yang menentang seteru kita" yang disebut oleh Tengku Razaleigh ?Apakah kenyataan Tengku Razaleigh ini petanda wujudnya pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan? Dan apakah implikasi kewujudan pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan ini, jika ia benar, kepada bentuk hubungan antara Umno-BN dan PAN di Pusat?Agak melucukan juga bila dalam keadaan PAS yang sering diuar-uarkan oleh PAN sebagai mahu ber-UG dengan, atau menyokong serta mempertahankan, Umno-BN, tiba-tiba pemimpin Umno-BN sendiri menyebut mengenai pakatan antara Umno-BN dan PAN. HARAKAHDAILY
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 26 Januari 2018
Umno-BN dan PAN berpakat di Kelantan?
DR KAMARUL ZAMAN YUSOF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan