THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas dengan membuat pengeluaran wang daripada akaun banknya untuk kegunaan pengganas, tahun lepas.
Ahmad Junaidi Omar, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Dia didakwa dengan pengetahuannya telah membenarkan kemasukan wang berjumlah RM6,360 milik Muhammad Fadhail Omar ke dalam akaun bank miliknya, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta tersebut, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di hadapan Maybank Cawangan Baling, Kedah, antara 28 hingga 30 April, 2017.
Mahkamah menetapkan 9 Feb untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Syafiqah Abdul Razak.– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan