HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Januari 2018

Naib Presiden PKR Gempur Kawasan Parlimen Presiden PAS

 
 


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilihat mengetuai operasi Pakatan Harapan (PH) menggempur kawasan Parlimen Marang yang diwakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nurul Izzah juga diberi penghormatan untuk mempengerusikan sidang media Perasmian Bilik Gerakan PH Parlimen Marang.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail; Dato Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi Amanah Terengganu; Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Terengganu; Dato Razali Idris, Pengerusi PPBM Terengganu dan Khalid Abdul Samad, Pengarah Komunikasi Amanah pusat.

“Di negeri Terengganu, amat bersyukur kerana dapat melancarkan bilik gerakan Pakatan Harapan Parlimen Marang.

“Kehadiran saya bagi pihak Keadilan untuk menyatakan komitmen kami..untuk menyatakan program ekonomi peduli rakyat sebagaimana yang kita lasanakan di Negeri Pulau Pinang dan Selangor mahu diterapkan menerusi kehadiran kita di sini,”kata Nurul Izzah sebagai pembuka bicara.



Menurut portal pro DAP, Malaysiakini, Kerusi parlimen Marang yang disandang Abdul Hadi bakal dicabar oleh calon PH iaitu anak saudara isteri presiden PAS itu sendiri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pencabar itu adalah Miqdad Zakaria yang merupakan Ketua Amanah Marang, seperti didedahkan timbalannya Suhaimi Sulaiman.

“Pertandingan di Parlimen Marang, kita tetapkan Miqdad sebagai calon untuk berdepan dengan siapa sahaja calon PAS di Parlimen Marang. Insya Allah kita tengok setakat ini kita (AMANAH) boleh,” kata Suhaimi.

PKR Mula Serang Kubu Presiden PAS ?

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: