HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Januari 2018

Guan Eng berang jawab isu terowong dasar laut

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal mengawal emosinya ketika mengulas berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di negeri itu, sehingga melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai 'bodoh'.
 
Dalam sidang medianya itu, Guan Eng turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.
 
Beliau turut menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan sebagai tidak relevan.
 
"Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?
 
"Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.
 
"Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Ujarnya juga pengamal media yang melaporkan isu berkaitan projek mega itu tidak profesional, beretika dan bermoral.
 
Malah beliau enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu, bertentangan dengan apa yang sering diuarkan bahawa dirinya memperjuangkan hak kebebasan media.
 
"Mereka tak tahu apa itu malu dan memang tak kenal malu, apabila saya cakap macam ini mereka hanya senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) boleh tanya... saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar," katanya.
 
Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
 
Siasatan SPRM juga mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Butterworth.
 
 

Tiada ulasan: