Ini adalah peningkatan lebih sekali ganda berbanding RM7 juta yang terkumpul dalam tempoh 24 jam pertama semalam.
Ketika ditanya sebelum ini sama ada kewujudan tabung itu akan memberi gambaran negatif tetang masalah kewangan negara, Lim berkata ia sebagai satu cara bagi rakyat melahirkan rasa cinta kepada negara.
Ahli ekonomi terkemuka yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan Dr Jomo Kwame Sundaram berkata mereka yang menderma melakukannya atas semangat patriotik.
"Saya fikir ia adalah mengenai patriotisme," katanya kepada pemberita di Menara Ilham di Kuala Lumpur susulan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.
Pada Rabu, kerajaan mengumumkan rakyat Malaysia yang ingin menderma untuk membantu membayar hutang negara sebanyak RM1 trilion boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui dana rasmi.
Langkah itu berikutan cadangan yang dibuat di media sosial oleh rakyat Malaysia, yang begitu bersemangat selepas Pakatan Harapan menang besar pada pilihan raya 9 Mei, mahu membantu mengimbangi hutang besar kerajaan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu untuk tabung itu.
"Kita tidak ada sasaran tertentu untuk Tabung Harapan tetapi kita mahu beri rakyat peluang untuk menyumbang," kata Lim.
Beliau berkata pihaknya terharu dengan kemurahan hati rakyat Malaysia yang menyumbang tanpa henti sejak tabung itu dibuka pada Rabu.
"Sesungguhnya, rakyat Malaysia sudah menunjukkan patriotisme mereka ke tahap yang lebih tinggi, sedia menghulurkan wang untuk membantu membina semula negara yang kita cintai ini," katanya.
Lim berkata semua derma boleh ditolak cukai, sambil menambah kerajaan akan mengumumkan jumlah terkumpul pada jam 3 petang setiap hari.
Penubuhan THM mendapat reaksi berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia. Ada yang menyokong malah ada juga mengecam dan memperlekehkan kerajaan Dr Mahathir kononnya terpaksa menagih bantuan rakyat.
Kerajaan Dr Mahathir baru-baru ini mendedahkan hutang negara kini mencecah RM1 trilion, termasuk tanggungan tersembunyi yang tidak pernah diumumkan oleh pentabdiran Najib Razak sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan