Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli dan pemimpin parti itu supaya memberi ruang dan kepercayaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengatur langkah memperkasa semula parti dan hala tujunya.
Bekas Presiden UMNO itu berkata, langkah yang dibawa Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO untuk berpakat dengan PAS adalah tidak salah.
Malah katanya, DAP dan PKR juga pernah dengan PAS ketika mereka sama-sama berada di blok pembangkang satu ketika dulu.
“Tidak salah untuk UMNO dan PAS berpakat kerana kita sama-sama pembangkang. DAP dan PKR juga pernah berpakat dengan PAS ketika mereka pembangkang.
“Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tidak mengambil kira kaum dan agama.
“Datuk Seri Zahid Hamidi perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula parti dan halatujunya,” tulis Najib di Facebooknya.
Tulisan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan bekas Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bertindak keluar parti.
Keputusan itu dibuat katanya kerana perjuangan UMNO kini tidak sehaluan dengan perjuangannya khususnya membabitkan kerjasama UMNO-PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan