HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 September 2018

Johari kongsi 'video Tony Pua', tanya jika harga barang turun lepas SST

MALAYSIAKINI



Bekas menteri kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Gani melalui Facebook hari ini berkongsi klip video anggota parlimen Tony Pua didakwa berkata harga barang akan jadi lebih murah di bawah Cukai Jualan dan Barangan (SST).

Dalam klip video yang dikongsi Johari itu, Tony Pua dilihat berkata: "Saya percaya di bawah sistem SST baru, meskipun cukai dikenakan, harga barang akan lebih murah."

Bagaimanapun, menurut hansard Dewan Rakyat pada 7 Ogos lalu, sebahagian daripada kenyataan anggota parlimen Damansara itu telah disunting.

Tony Pua, yang juga merupakan pegawai khas kepada menteri kewangan, berkata di bawah SST, harga barangan akan jadi lebih murah berbanding ketika di bawah GST.

Kenyataan sebenar berdasarkan hansard adalah: "So how can you say 0.8 percent, harga barang tidak turun akibat kita mengosongkan GST? The prices went down, dan saya percaya dengan sistem cukai SST yang baharu ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST bawah Kerajaan Barisan Nasional."

Dalam perkongsian di Facebook itu, Johari bertanya adakah harga sudah lebih murah dengan pelaksanaan SST yang bermula hari ini.

"Mohon untuk dapatkan maklum balas dari rakan-rakan Facebook, hari ini merupakan hari pertama perlaksanaan SST.

"Apakah ada harga barang yang menjadi lebih murah seperti apa yang dikatakan oleh YB Tony Pua ini," katanya.

Tiada ulasan: