Kabinet telah bersetuju untuk menyokong cadangan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada PRU akan datang.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia diputuskan susulan mesyuarat kabinet pagi ini.
"Antara yang perlu dilakukan adalah bekerjasama dengan sayap pemuda parti pembangkang, kerana majoriti dua pertiga (di Dewan Rakyat) diperlukan untuk meminda undang-undang (berkaitan perkara ini)," katanya kepada pemberita.
"Menjelang PRU akan datang, mereka berusia 18 tahun boleh mengundi, ini pasti," katanya seperti dipetik The Star Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan