HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 September 2018

Nurul Izzah tak mahu jawatan apabila Anwar PM

KEADILAN DAILY

 

nurul-izzah-140126b


Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak berminat mengisi mana-mana jawatan kerajaan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelak.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas berita tentang rombakan kabinet yang mungkin berlaku apabila anak kembali ke Dewan Rakyat kelak.

“Ia adalah perkara yang menarik (rombakan kabinet) tetapi saya amat gembira untuk berkhidmat di Permatang Pauh dan menjadi ibu kepada dua anak saya dan seorang rakyat yang cintakan negara,” katanya memetik laporan Bernama.

Menurutnya, pengalaman politiknya selama ini mengajarnya bahawa sumbangan bakti kepada negra tetap boleh ditabur walaupun tanpa jawatan kerajaan.

“Saya dapati apa yang saya pelajari semasa tahun-tahun berkenaan ialah anda menyumbang tidak kira siapa anda sama ada hanya sebagai tukang sapu sampah di jalan atau eksekutif atasan.

“Saya seorang siswazah kejuruteraan, saya tidak berminat sebarang (jawatan kabinet) dan anak perempuan saya mahu saya menang dalam pilihan raya lepas, itu sudah mencukupi,” katanya.

Tiada ulasan: