Pakar strategi PPBM Wan Saiful Wan Jan berkata beliau megalu-alukan penilaian jujur Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu semasa ucaptamanya dalam kongres Bumiputera semalam.
Dr Mahathir berkata, walaupun DEB tidak mencapai matlamatnya, dasar afirmatif kerajaan itu telah membuahkan hasil.
Wan Saiful bersetuju terdapat golongan yang benar-benar mendapat manfaat daripada dasar berkenaan seperti disebut Dr Mahathir.
“Akan tetapi ada juga pihak yang menyalahgunakannya,” kata bekas ketua badan pemikir, Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi (Ideas) itu kepada FMT.
“Ideanya masih sama. Sesiapa yang memerlukan pertolongan mesti dibantu. Paling penting ia dilakukan secara telus, adil dan bertanggungjawab. Cara itu akan membawa kebaikan kepada negara,” tambahnya.
Nasionalis Melayu, katanya, cuba memburukkan kerajaan sekarang dengan mendakwa ia mahu menghapuskan sistem yang bertujuan membantu kelompok tersebut.
“Ternyata bukan itu yang kita lakukan,” kata Wan Saiful.
Beliau juga berkata, sesetengah orang bukan-Melayu pula mendesak “terlalu kuat dan terlalu cepat” berhubung perkara yang dianggap sensitif oleh majoriti rakyat.
Katanya, perbuatan tersebut akan menjurus kepada perpecahan lebih besar.
Beliau berkata, kesilapan DEB perlu diakui dan diperbetulkan.
“Tidak ada gunanya kita bercakap tentang membantu orang Melayu semata-mata kerana mereka Melayu. Terdapat pihak yang menipu dan mereka tidak layak dibantu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan