HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 November 2018

PPBM DICABAR BUKA KEAHLIAN



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diminta membuka keahlian parti itu kepada kaum bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Md. Shah berkata, perkara itu susulan tindakan Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat bercelaru dalam asas ketuanan Melayu.

“Jika perkara asas ini pun mereka sudah celaru, janganlah diangkat perkataan ‘Pribumi’, bukalah sahaja keahlian Bersatu itu kepada bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu dari bumi Malaysia ini.

“Adakah Ketua Armadanya tidak sealiran pemikiran dengan Pengerusinya dalam soal menjaga orang Melayu, yang dikatakan mampu lebih baik berbanding UMNO?,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan memaklumkan zaman ketuanan Melayu di negara ini sudah berakhir.

Sebaliknya beliau berkata, era kini adalah di mana kekayaan negara diagih secara sama rata.

Kenyataan Syed Saddiq itu mendapat kecaman pelbagai pihak.




Tiada ulasan: