Seorang wakil rakyat PKR hari ini
memohon kerajaan Selangor mempertimbangkan cadangan bagi melaksanakan
penanaman ganja.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata negeri itu berpotensi menjadi
pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia, lapor Malay Mail.
"Izinkan saya memberi contoh. Anda
boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit.
“Tetapi ganja boleh membawa hasil
pulangan sehingga RM9 juta setahun ... satu ekar dengan tiga kali
ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.
"Dan sekiranya Selangor dapat
mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar
terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan, "
Mohd Shaid dipetik sebagai berkata.
Kenyataannya itu disambut gelak tawa
daripada ADUN yang lain.
Mohd Shaid Rosli berkata, Akta Dadah
Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan
boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.
"Mengikut sejarah, ganja digunakan
sebagai ubat tetapi ia telah disalahgunakan, seperti candu dan
morfin. Ini adalah ubat berbahaya yang mesti dikawal.
"Dan saya juga seorang doktor yang
mana saya tahu masalah mengenai ubat terkawal ini yang memerlukan
penguatkuasaan yang sangat baik," kata pakar perubatan itu.
Mengakui perkara itu, Mohd Shaid
berkata lokasi bagi penanaman dan pemprosesan juga dicadangkan
dilaksanakan di satu kawasan dan hanya boleh diakses oleh pihak
tertentu sahaja.
"Jangan risau mengenai pasaran
gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak
berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan