HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mac 2019

Himpunan Solidariti Kedamaian diteruskan


   

Himpunan Solidariti Kedamaian yang direncanakan untuk diadakan Sabtu ini akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya sudah menguruskan hal-hal berkaitan termasuk menghantar notis perhimpunan.

“Soal notis kebenaran kita dah uruskan,” kata Mujahid ringkas.

Mujahid berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung permohonan permit berhimpun Sabtu ini.

Sementara itu, dalam maklum balas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Shaharudin Abdullah kepada Malaysiakini berhubung perkara berkenaan, beliau berkata ia dalam proses.

“Dalam proses,” katanya ringkas.

Bagaimana pun Malaysiakini belum dapat pengesahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung himpunan itu.

Sebelum ini, Mujahid mengumumkan untuk menganjurkan Perhimpunan Solidariti Kedamaian, Sabtu ini.

Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Ia bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.


Tiada ulasan: