MARANG: Umat Islam
seluruhnya termasuk PAS tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana
pihak yang menghina Rasulullah SAW dan ajaran agama.Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali berkata, himpunan bantah
hina Nabi adalah perhimpunan aman di negara ini.
Katanya, tujuan himpunan itu bagi
menyampaikan mesej bahawa Malaysia adalah sebuah negeri umat Melayu
Islam yang mesti dipertahankan.
Justeru, kata Yahaya, jika terdapat
mana-mana pihak yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, PAS
tidak boleh bertolak ansur.
“Jika ada mana-mana pihak yang bukan Islam, yang bukan Melayu, yang selama ini hidup aman damai di sini (Malaysia).
“Tiba-tiba mereka mula menyentuh
kepentingan agama Islam. Mereka mahu menghina Nabi kita, sudah tentu
kita tidak boleh bertolak ansur.
“Kita harap himpunan kita ini
perhimpunan aman dan kita mahu menyampaikan mesej bahawa Malaysia ini
adalah negeri umat Melayu Islam, dan kita mesti hendak pertahankan,”
tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap
pada Himpunan Aman Bantah Penghinaan Kepada Rasulullah di pekarangan
Masjid Rhu Muda, selepas solat Jumaat, hari ini.
Menurutnya, perhimpunan aman itu tidak
mengira latar belakang politik, umat Islam bersatu membantah penghinaan
terhadap Rasulullah SAW.
Beliau selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS
III Terengganu, juga mengingatkan orang bukan Islam dan orang Islam yang
jahil agar tidak menghina Nabi SAW.
“Kita tidak mahu mana-mana pihak, orang
bukan Islam khususnya, atau orang Islam yang jahil mempermainkan Islam
atau menghina junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
“Kita juga memberi peringatan, jika kamu
terus menghina Nabi besar kita, Nabi Muhammad SAW. Maka, akan
berlakulah seperti apa yang berlaku sekarang ini.
“Dahulu, kes Salman Rushdie yang menulis
‘Surah Syaitan’ (The Satanic Verses), maka seluruh dunia umat Islam
bangkit. Kita tidak mengira latar belakang politik, kita bersatu
membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW,” jelasnya dihadapan hampir
2,000 umat Islam.
Menurutnya, novel ‘The Satanic Verses’
itu mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia dan pemimpin Iran,
mengeluarkan fatwa bunuh ke atas Salman Rushdie.
Hadir sama pada perhimpunan itu,
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan Ketua Pemuda
PAS Marang, Ustaz Muhamad Yusof Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan