HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Mac 2019

Lokman: AG simpatisan komunis, pernah bela Chin Peng

MALAYSIAKINI

   
PRK SEMENYIH | Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam berkata beliau tidak kisah sekiranya Peguam Negara Tommy Thomas merupakan seorang Kristian atau seorang India.

Namun Lokman berkata masalah utama mengenai Tommy ialah beliau pernah menjadi peguam kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Pemimpin Umno itu juga mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong pernah cuba mengelak untuk melantik Thomas sebagai peguam negara.

"Bekas Agong pun lari ke luar negara, sebab dia tak nak Tommy Thomas, sebab Tommy Thomas adalah peguam kepada Chin Peng, ketua komunis negara.

"Kita tak peduli dia Kristian kah, Indian kah kita tak kisah".

"Tapi kalau dia peguam kepada ketua komunis Malaya, komunis ni ideologi haram di negara ini," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 400 orang di Taman Pelangi, Semenyih malam ini.

Lokman mendakwa sekiranya Tommy berani mewakili Chin Peng, ia menunjukkan isyarat bahawa peguam negara itu juga mempunyai simpati terhadap perjuangan komunis.

"Betul, kalau dia berani menjadi peguam kepada Chin Peng, maknanya jiwanya ada sikit simpati setidak-tidaknya atau dia meyakini ideologi komunis.

"Bolehkah kita angkat komunis. Komunis ini percaya kepada Islam tak?" soalnya.

Lokman juga mendakwa beberapa kes penghinaan kepada Nabi Muhammad baru-baru ini bukan disebabkan kegagalan pihak polis sebaliknya keengganan Tommy melakukan pendakwaan.

"Itu sebab hari ni, orang hina Rasulullah, tindakannya bila kita buat report dan sebagainya, bila kita buat kecoh perhimpunan, baru dia pergi tangkap.

"Polis kebanyakan geng kita, yang salah AG, walaupun polis dah siasat dah lengkap kertas siasatan, AG tak nak dakwa.

"Jangan lupa kita ada dua individu - Najib (Razak) dan Zahid (Hamidi). Kertas siasatan belum ada dah dakwa di mahkamah, betul tak betul," soalnya.

Tommy baru-baru ini membuat laporan polis selepas pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam beredar di media sosial.

Mesej itu antara lain mendakwa Jabatan Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap pihak yang menghina Nabi Muhammad baru-baru ini.

Untuk rekod, dua individu - Wai Foo Sin, 68 dan A Taneson, 22 telah didakwa di mahkamah kerana menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi media sosial.  Bagaimanapun kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Tiada ulasan: