Pemimpin Amanah Hanipa Maidin menempelak pandangan seorang
ulama yang berkata gerak kerja parti politiknya dalam mengalahkan PH di
Cameron Highlands dan Semenyih mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
"Ada seorang yang dipanggil "ulama" oleh parti ehem ( ehemmmm..) dilapor media berkata parti ehem dapat pahala dengan gerak kerja mengalahkan PH di Cameron Highland dan Semenyih. Mafhum mukhalafahnya ( makna sebaliknya ) ialah sokong PH mungkin berdosa kot.
"Tak tahulah jika "difatwa" jatuhkan kerajaan kleptokrat dulu dikira dosa besar. Dan istiqamah "hembus oksigen" pada rejim kleptokrat mungkin pahala besar.
"Tak arif pula kita lingguk bahasa orang suci muci ini. Ya lah kita ni kan sekadar jebon je," kata Hanipa yang juga timbalan menteri di JPM pada suatu hantaran di Facebook hari ini.
Malam tadi, Mokhtar menyenaraikan beberapa manfaat yang
diperolehi parti itu dengan menangnya calon BN di Cameron Highlands dan
Semenyih.
Katanya antara faedah yang diperoleh PAS ialah mereka mendapat pahala dengan gerak kerja mengalahkan PH.
"Tidakkah anda nampak? PAS dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah, iaitu menentang kemungkaran.
"Dengan menunaikan tanggungjawab itu bermakna PAS dapat pahala, petugas PAS dapat pahala, para penderma PAS dapat pahala," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan