Pihak yang terlibat termasuk syarikat berkaitan kerajaan,
seperti Plus Malaysia Bhd yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd
melalui unit milik penuhnya, UEM Group Bhd, dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), kata laporan itu lagi.
Kerajaan sedang meneliti untuk memulakan rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya tertentu mengenai nilai pengambilalihan konsesi yang berkenaan,
Laoran The Edge hari ini memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan, mendakwa cadangan ini akan melibatkan kerajaan mengambil alih lebuh raya untuk kegunaan awam. Bagaimanapun tidak jelas sama ada pampasan akan diberikan atau tidak kepada bagi pemilik yang sedia ada.
"Secara global, pengambilalihan aset oleh kerajaan sering memberi kesan negatif terhadap pasaran modal," kata laporan itu.
The Edge memetik
seorang penganalisis yang tidak dinamakan mengulas usaha kerajaan yang
mengkaji untuk menamatkan perjanjian konsesi lebuh raya tanpa perlu
membayar ganti rugi besar.
Belum jelas, teliti persoalan
Pihak yang terlibat termasuk syarikat
berkaitan kerajaan, seperti Plus Malaysia Bhd yang dimiliki oleh
Khazanah Nasional Bhd melalui unit milik penuhnya, UEM Group Bhd, dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata laporan itu lagi.
Memandangkan
sejak pembinaan lebuh raya sebahagian besarnya dibiayai melalui hutang,
maka pelabur institusi juga mungkin terjejas.
Laporan
itu memetik RAM Ratings yang mengatakan 23 pengendali jalan tol telah
mengeluarkan kertas hutang berjumlah RM52.83 bilion dalam bentuk bon
serta sukuk pada Mei tahun lepas dan ini tidak termasuk stok pinjamannya
(sekuriti yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk pinjaman
pelaburan seperti saham, bon sukuk).
"Bon ini sebahagian besarnya dipegang oleh pelabur institusi tempatan dan dana pencen yang berkaitan dengan kerajaan.
"Masih
belum dapat dilihat lagi bagaimana kerajaan merancang untuk mengambil
alih konsesi sedia ada kerana pembinaan kebanyakan lebuh raya sebahagian
besar dibiayai oleh hutang, dan jadual pembayaran balik dan kupon bagi
bon ini biasanya berstruktur untuk menyesuaikan aliran tunai daripada
hasil kutipan tol," katanya
Pemansuhan lebuh raya bertol secara berperingkat merupakan salah satu janji pilihan raya PH ketika PRU14.
Gamuda berkata ini akan dilakukan mengikut norma dan amalan penilaian pasaran.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan bercadang untuk mengambil alih lebih banyak konsesi tol akan siap dalam masa dua hingga tiga bulan dan ini akan menjadi lebih rumit lagi berbanding rundingan dengan Gamuda.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa rakyat akhirnya terpaksa membayar walaupun kerajaan berjaya melaksanakan janji untuk menghapuskan tol.
"Tetapi rakyat mesti faham, walaupun mereka tidak bayar tol, kerajaan tetap kena bayar tol dan kerajaan bayar tol daripada duit yang dikutip dari rakyat, akhirnya rakyat membayar (tol) melalui kerajaan.
“Kerajaan perlu beli lebuhraya melalui duit cukai yang dikutip daripada rakyat dan daripada itu jalan juga mesti diperbaiki sepanjang masa dan ia juga memerlukan perbelanjaan daripada kerajaan, tidak lagi oleh syarikat.
“Dan ini juga bermakna sebahagian cukai yang dikutip mestilah diguna untuk menyelenggara jalan.
“Ini bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk projek-projek lain yang diperlukan,” katanya pada 25 Februari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan