KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat dan cuaca panas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan.
Antara langkah-langkah tersebut ialah:
- Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas;
-
Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada
di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan
pelindung diri seperti payung dan topi;
-
Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau
bangunan. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara
dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan
persekitaran dalaman;
- Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;
Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan; -
Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang
tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba
dari badan;
-
Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air
filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel
halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan
-
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Antaranya:
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu;
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183 dan
http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan