HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Mac 2019

Polis mohon sambung reman 8 suspek kes cemar Sungai Kim Kim

Tempoh reman 8 suspek itu berakhir hari ini.

JOHOR BAHRU: Polis akan memohon kepada Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk menyambung perintah tahanan reman ke atas 8 suspek berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, permohonan sambungan reman ke atas semua suspek itu bertujuan membantu polis melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan mohon reman untuk sehari atau 2 hari beliau,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dalam akademik kepada pegawai polis dan anak warga polis berbangsa India sempena Peringatan Hari Polis ke-212, semalam.

“Kita berpuas hati dengan siasatan, (tetapi) ada sikit lagi (untuk lengkapkan kertas siasatan).”
Khalil berkata demikian ketika mengulas tempoh reman suspek terbabit yang berakhir hari ini.

Pada 17 Mac lalu, polis menahan 9 lelaki, tetapi seorang daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis, setelah didapati tiada kaitan dengan pencemaran itu.

Tiada ulasan: