HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Mac 2019

'Universiti medan debat intelektual, bukan untuk samseng'

MALAYSIAKINI

   

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meluahkan rasa kesalnya dengan kekecohan yang berlaku berhampiran Universiti Malaya (UM) hari ini.

Beliau berkata universiti adalah medan debat intelektual terbuka dan bukan untuk "samseng, pelampau dan pengganas".

"Untuk anak mahasiswa, jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul untuk masyarakat.

"Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan menyatakan kebenaran," katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk pergelutan antara sekumpulan pelajar dengan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak yang terjadi berdekatan sebuah restoran sekitar UM.

Sekumpulan enam hingga lapan pelajar mengadakan protes dengan mengangkat sepanduk mengecam Najib, yang berada di restoran itu untuk satu program.

Mereka kemudian dihampiri sekumpulan yang diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam. Seorang pelajar diserang.

Dalam pada itu, Maszlee menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, tetapi tidak merujuk mana-mana pihak.


Tiada ulasan: