ISLAMABAD: Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi Nishan-e-Pakistan atau ‘Order of
Pakistan’ - yang merupakan anugerah awam tertinggi oleh Kerajaan
Pakistan.
Anugerah yang disampai oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi pada Jumaat seiring sumbangan Dr Mahathir kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr itu dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Hadir sama pada majlis itu adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Nishan-e-Pakistan merupakan anugerah awam tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Pakistan kepada pemimpin yang menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Pakistan termasuk di peringkat antarabangsa.
BACA: Lawatan rasmi ke Pakistan: Keganasan, Islamofobia jadi fokus Mahathir, Imran
BACA: Dr Mahathir diberi sambutan negara di Pakistan
Dr Mahathir serta delegasi kemudian diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Dr Arif.
Sebelum itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Dr Arif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan