HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mac 2019

UMNO-PAS KUALA LANGSAR SEPAKAT TUBUH JAWATANKUASA

Wartawan Watan-Online
 



UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan PAS kawasan tersebut mencapai kata sepakat bagi menubuhkan dua jawatankuasa bertindak khusus bagi menggerakkan program penyatuan ummah di Parlimen tersebut.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd. Zuraimi Razali berkata Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Ceramah serta Jawatankuasa Kebajikan yang ditubuhkan bakal diusahakan secara bersama oleh kedua-dua parti.

“Keputusan menubuhkan dua jawatankuasa ini dicapai selepas pertemuan pemimpin UMNO dan PAS Kuala Kangsar yang pertama kali diadakan di sini baru-baru ini.

“Jawatankuasa ini juga akan mengeratkan lagi lagi hubungan kedua-dua buah parti,” katanya di Kuala Kangsar pada Selasa.

Mohd Zuraimi turut menjelaskan jawatankuasa tersebut turut akan bertindak untuk menyampaikan penerangan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa.


Tiada ulasan: