HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mac 2019

SOKONGAN TERHADAP UMNO MASIH KUKUH


UMNO masih mendapat sokongan padu daripada ahli anggota parti termasuk rakyat negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Dr. Adham Baba berkata justeru dakwaan mengatakan konon ahli UMNO mula beralih arah adalah satu pembohongan bermotifkan politik daripada PH.

Katanya krisis kepercayaan jelas tidak berlaku terhadap UMNO, sebaliknya PH yang kini menghadapi krisis tersebut daripada rakyat.

“Krisis keyakinan kepada kerajaan Pakatan hari ini lebih tinggi nampaknya. Resam rakyat terutamanya di bawah masih berjalan seperti biasa.

“Sesi-sesi penjelasan terhadap perkara baru mereka tentu gembira termasuklah isu penyatuan ummah yang hebat diperkatakan hari ini yang mana menimbulkan tanggapan salah pelbagai pihak.

“Ini akan kita perjelaskan kepada masyarakat di bawah sana dan juga kepada rakyat seluruhnya.
Masa untuk bergerak secara keseluruhan pelbagai peringkat demi kepentingan bersama,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata rata-rata di akar umbi khususnya termasuk cawangan-cawangan serta bahagian masih berjalan lancar dan gerak kerja parti melalui proses seperti biasa termasuklah proses mesyuarat di peringkat cawangan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: