Kerajaan digesa membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mengelakkan pembaziran duit rakyat susulan langkah UMNO yang sengaja membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Cadangan itu disuarakan pemimpin akar umbi Bersatu di selatan Johor sebagai membantah tindakan UMNO yang tidak prihatin dengan kesusahan rakyat, malah sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi merampas kuasa untuk kepentingan sendiri.
“Kami juga mencadangkan agar PRU-15 diadakan serentak dengan PRN Johor demi mengelakkan pembaziran duit rakyat.
“Tindakan UMNO membubarkan DUN Johor dan melaksanakan PRN dalam keadaan rakayat terkesan akibat bencana banjir dan pandemik Covid-19, menunjukkan UMNO tidak peduli langsung dengan kesengsaraan rakyat,” kata mereka dalam kenyataan bersama 10 Ketua Penerangan Bersatu Johor hari ini.
Untuk rekod, dua PRN iaitu Melaka dan Johor diadakan selepas UMNO sengaja membubarkan DUN akibat kemelut politik yang dicetuskan mereka sendiri dan mahu rakyat menyokong parti tersebut yang pemimpin atasannya sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah.
Malah, 10 Ketua Penerangan tersebut juga membidas tindakan UMNO yang berterusan membuli parti gabungan Perikatan Nasional (PN) hanya kerana mahu merebut kuasa, khususnya kumpulan kluster mahkamah.
“Kami mendesak UMNO supaya berhenti membuli parti-parti gabungan PN dengan mengadakan PRN hanya untuk merebut kuasa,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga menyokong pendirian yang dibuat semasa muzakarah bersama PAS pada 28 dan 29 Januari lalu untuk menyertai PRN Johor atas nama PN disamping mengkritik langkah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang mengumumkan keputusan keluar parti dan menyokong UMNO serta Barisan Nasional (BN).
“Kami Ketua-ketua Penerangan Bersatu Bahagian dalam kawasan Johor
Selatan menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu bertarikh 28 dan
29 Januari 2022yang membuat ketetapan untuk bersama menyertai Pilihan
Raya Negeri (PRN) Johor atas nama Perikatan Nasional (PN) demi
perpaduan ummah.
“Kami juga sebulat suara mengecam tindakan tidak bermaruah dan tidak
berintegriti dua mantan ADUN yang keluar parti selepas DUN Johor
dibubarkan. Tindakan ini menjadikan Bersatu Johor lebih bersemangat
untuk menghadapi PRN Johor selepas tiada lagi ‘duri dalam daging’ dalam
parti
ini,” kata kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan