HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Februari 2022

Umno cabar Mahiaddin kekal ‘poster boy’ PN di PRN Johor

Pemimpin Umno mencabar Presiden Bersatu yang berasal dari Johor itu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar kekal menjadi ‘poster by’ Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri Johor.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga dari Johor, Datuk Dr Puad Zarkashi juga meminta Mahiaddin menggunakan slogan yang sama dalam PRN Melaka, “Abah sayang Johor”.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi poster boy PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka “Abah sayang Johor” kata Puad dalam satu kenyataan di facebook beliau.

Menurut beliau, semasa enam bulan pertama menjadi Perdana Menteri ke 8, Mahiaddin dan pengampunya mendakwa dia adalah PM paling popular.

“Rupanya selepas 17 bulan, Abahku hilang jawatan PM. Dia “PMGagal”, kata Puad, bekas Ahli Parlimen Muar itu.

Bagi bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan BN itu, nyawa Bersatu terletak pada Mahaddin.

“Ada Abahku, adalah PPBM. PRN Johor adalah medan hidup mati PPBM. Ia beban berat kepada Abahku,” katanya.

Puad berharap, Mahiaddin tidak menyesal kerana tubuh Bersatu dan cuba membunuh Umno.“Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi Umno yang kental setia dengan Umno,” katanya lagi kepada bekas Timbalan Presiden Umno itu.

Tiada ulasan: