HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Mac 2008

Jentera Pemuda Umno disorak kerana cuba ganggu ucapan Anwar


Jentera Pemuda Umno Kepala Batas "diboo" oleh penyokong Barisan Alternatif (BA) apabila cuba menggangu ucapan Ketua Umum Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pos Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Parlimen P.41 Kepala Batas petang semalam.

Anwar yang berucap bersama calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad dan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Noorsiah Md Arshad disambut hebat oleh berbagai kaum, kebanyakannya kaum Cina dan India

Sebelum Dato' Seri Anwar memberikan ucapan sebagai penyuntik semangat kerja menjatukan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, beliau dan dua lagi calon dikalungi bunga oleh masyarakat India sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Walaupun program pada mulanya dijadualkan berdekatan Kampung Kovil yang terletak di Jalan Bertam namun ia terpaksa dipindahkan ke Jalan Dato' Haji Ahmad Badawi kerana tidak mendapat permit polis namun ia tetap mendapat sambutan luar biasa sehingga mencecah 2,000 orang kehadiran.

Senario itu membuktikan kedudukan Dato' Seri Abdullah tergugat sehinggakan beliau terpaksa mengatur program ke kampung-kampung yang belum pernah dilaukannya dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Sementara itu, sekitar pukul 3.00 petang Dato' Seri Anwar juga diberikan sambutan hebat ketika berucap di Kampung Permatang Saga dalam Dun Pinang Tunggal yang ditandingi calon BN, Dato' Roslan Saidin.

Kehadiran 5,000 orang ke situ sekali lagi memberi tamparan hebat terhadap calon yang asyik berbangga dengan kekayaan peribadi.

Fenomena sebegini, tidak pernah berlaku walaupun angin refomasi pernah melanda daerah ini pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Harakahdaily mendapat maklumat, Umno sengaja mengarahkan jenteranya memasang khemah di tengah Jambatan Sungai Muda yang menghubungkan Pinang Tunggal Seberang Perai dengan Pinang Tunggal, Kedah walaupun program perasmian jambatan tersebut dijangka diadakan empat hari lagi kerana bimbang kebanjiran penyokong BA dari Kedah. - mns

Tiada ulasan: