Wang peruntukan lesap, bendera BN dilambak
Intan Abdullah
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Pelbagai kerenah dan gelagat berlaku menjelang tarikh pilihan raya yang tinggal seminggu lagi.
Suatu kejadian ganjil berlaku di Dewan Balai Raya Kampung Batu 15, Dusun Tua Hulu Langat, iaitu poster BN yang dilambakkan di sana pada awal pagi semalam, Jumaat 29 Februari.
Menurut sumber, hal itu terjadi disebabkan oleh dakwaan sesetengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno kawasan Hulu Langat yang bertindak melesapkan wang peruntukan bilik gerakan untuk kepentingan diri mereka.
Bahkan, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa sebilangan penyokong Umno/BN yang tidak berpuas hati dengan masalah tersebut akan menyertai BA sebagai tanda protes terhadap masalah itu. - mns
Tiada ulasan:
Catat Ulasan