HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mei 2014

Bible masih dalam simpanan Jais, kata MB Selangor


OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu wartawan bahawa semua Bible yang dirampas masih tersimpan rapi semasa ditemui di Dataran Prima di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Mei, 2014.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu wartawan bahawa semua Bible yang dirampas masih tersimpan rapi semasa ditemui di Dataran Prima di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan 320 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam (Jais)‎ masih disimpan rapi.

Khalid berkata,‎ tiada sebarang tindakan dibuat selagi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak memberikan respons terhadap surat yang dihantar kerajaan negeri.

"Bible masih dalam simpanan pihak Jais di bawah jagaan Pejabat Peguam Negara.

"Tetapi beliau masih belum menjawab surat yang ditulis oleh kerajaan negeri dan Exco Elizabeth Wong.

"Bagaimanapun ‎kita sangat mendesak supaya ada satu penyelesaian dibuat," katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Saujana Prima di Kajang, hari ini.

Tiada ulasan: