HALAMAN SANTAI
Ahad, 25 Mei 2014
Hina Umno sama dengan hina Melayu-Islam, kata Utusan Malaysia
Penghinaan terhadap Umno dengan mengatakan parti itu sebagai 'celaka' boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat" beliau berkata, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan "Umno celaka" keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak.
"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Awang Selamat berkata, DAP sekali lagi menobatkan diri mereka sebagai parti paling rasis kerana setiap kali ada sahaja pemimpinnya yang menghasut, menghina agama dan kaum lain serta memaki hamun.
Menurut Awang Selamat, tindakan Rayer yang enggan memohon maaf bagi pihak parti boleh diandaikan mendapat restu DAP apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga enggan berbuat demikian.
Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa standard mangkuk tandas ke dalam Dewan.
Akhbar milik Umno itu turut menyeru rakyat Malaysia menasihati Rayer supaya menjalani rawatan kaunseling supaya dapat menjaga tutur kata dan akhlak, sebelum ditempah kecelakaan diri angkara penyakitnya sendiri.
"Awang tertanya-tanya apakah beliau kurang kasih sayang, membesar dengan mencarut, celaru mindanya atau sentiasa mimpi dirasuk syaitan celupar, yang diharap jawapannya - tidak.
"Nasihat Awang, beliau perlu menjalani segera rawatan kaunseling. Malu DAP, ada pemimpin seperti itu yang tidak tahu membezakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tandas awam yang seminggu tidak bercuci," katanya.
Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.
Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 Pemuda Umno mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.
Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming.
Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong tindakan ganas dan mengugut itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno.
Katanya, Umno berhak menegur DAP tetapi tidak menyokong tindakan biadap Pemuda Umno menyerang sidang DUN seperti samseng.
Mengulas mengenai tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong tindakan Pemuda, Anwar berkata pihak berkuasa perlu bersikap adil dan tidak terus membiarkan Umno bersikap kebal daripada undang-undang.
Katanya, insiden itu tidak wajar disamakan dengan pergaduhan sesama ahli Parlimen di Taiwan kerana sidang Dewan Pulau Pinang diserang oleh pihak luar.
"Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil terhadap samseng Umno.
"Kita dibaling batu tetapi tiada tindakan. Apa ingat Pakatan tiada harga? Kami yang kuli ini, semua ini, tiada harga?
"Pemimpin bangsawan kamu pelihara cium tangan dia walaupun dia penjenayah," katanya.
Akhbar Mingguan Utusan dalam kolum “Awang Selamat” menyifatkan tindakan menghina Umno boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam.
"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," katanya yang menganggap DAP parti paling rasis.
Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa “standard mangkuk tandas” ke dalam Dewan.
Adun Seri Delima RSN Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.
Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 orang lelaki mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.
Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.
Zahid turut menyokong tindakan ganas itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan