Malaysia berharap kemasyhuran ekoran penemuan MH370 akan menarik penglibatan semua pihak, termasuk syarikat komersial, kata kata pemangku menteri pengangkutan.
Dan ia sekali gus menyebabkan pulangan kewangan tidak lagi perlu, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein lagi.
“Tragedi itu menangkap imaginasi ramai orang dan saya tiada masalah mendapatkan bantuan, walaupun syarikat komersial tampil ke depan dan membantu,” kata Hishammuddin di Canberra, Australia.
Usaha pencarian kini memasuki fasa baru yang menelan kos lebih mahal.
“Tiada ganjaran cukup besar untuk sesiapa yang menemui MH370. Sesiapa yang menemui MH370, ia akan menjadikan mereka syarikat paling terkenal di luar sana,” kata Hishammuddin
Hishammuddin bercakap dengan media selepas pertemuan enam mata bersama Timbalan Menteri Australia Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang dan disertai pegawai-pegawai berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan