HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mei 2014

[LIVE BERGAMBAR & VIDEO] Bukit Gelugor: Bila BN Tak Bertanding, PRK Jadi Paling Aman

KELAB GREENBOC




Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Buki Gelugor berlangsung hari ini

Seramai 81,897 pengundi berdaftar akan menentukan siapa calon pilihan mereka bagi mewakili suara mereka ke parlimen nanti.

Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka hari ini dengan kesemuanya 139 saluran mengundi.

Kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah antara paling aman berikutan tiada insiden dan kes jenayah yang serius berlaku sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu, kata Ketua Polis Negara sebelum ini.



Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini hanya 15 laporan polis termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterima mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

“Setakat ini, tidak lebih 15 laporan diterima cuma empat kertas siasatan dibuka. Itu pun cuma kesalahan kecil dan tidak ada apa yang perlu kita risaukan kerana keadaan pun nampaknya masih tenang.

Di dalam PRK kali ini, MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya telah mengambil keputusan untuk TIDAK BERTANDING kerana khuatir akan dimalukan jika mereka kehilangan deposit. Pada PRU13 lalu, Bekas Pengerusi DAP Karpal Singh menang kerusi tersebut dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon MCA (BN) Teh Beng Yeam yang hanya memperoleh 13,597 undi.

Hari ini, DAP menurunkan Ramkarpal Singh Deo ditentang oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

LINTAS LANSUNG oleh mk, HD, sinarharian, mstar, BH dll

10:00am Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam SJK Kong Min.

10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112 pengundi.

9.45am: SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.

9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.

9:15am Kg Melayu Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.

Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.

Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.

9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.

Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.

8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.

Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.

“Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka,” katanya.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.

8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa pada jam 3 petang.

Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.

7.50am: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.



Tiada ulasan: