HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mei 2014

Malaysia bertemu ‘rohnya’ dalam perlawanan akhir Piala Thomas

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Pasukan Malaysia berdiri di podium semasa majlis penyampaian trofi Piala Thomas semalam. – Gambar Reuters, 26 Mei, 2014.Pasukan Malaysia berdiri di podium semasa majlis penyampaian trofi Piala Thomas semalam. – Gambar Reuters.




Malaysia gagal memenangi perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi melawan Jepun, tetapi negara tidak terjunam di dalam kegelapan.

Sebaliknya Malaysia meraikan tujuh lelaki yang hampir membawa kejayaan kepada negara.

Rakyat Malaysia bersatu sebagai rakyat Malaysia – tidak dipisahkan oleh kaum, agama atau kepercayaan politik, sebaliknya disatukan oleh tujuh lelaki yang berhempas-pulas ke perlawanan akhir, sebuah mimpi yang jarang berlaku sehingga berjaya memaksa stesen penyiaran negara mendapat hak penyiaran.

Tujuh lelaki itu merupakan rakyat Malaysia walaupun sesetengah pihak dalam negara ini menganggap mereka sebagai pendatang atau penceroboh.

Tetapi pendatang dan penceroboh mana yang sanggup berhempas-pulas untuk memenangi piala yang kali terakhir dimenangi pada 1992?

Dan tujuh lelaki mana mampu menyatukan rakyat Malaysia dari dua kumpulan politik bertelagah segenap penjuru negara dan bersorak menentang Jepun yang berjaya memenangi Piala Thomas?

Mari kita namakan tujuh wira ini – bermula dengan Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan pertama kepada Tan Boon Heong/Hoon Thien How dalam beregu pertama, perseorangan kedua Chong Wei Feng, beregu kedua Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan perseorangan ketiga Daren Liew.

Lee Chong Wei bersyukur selepas menewaskan Kenichi Tago dalam acara perseorangan lelaki perlawanan akhir mereka dalam kejohanan badminton Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar Reuters, 26 Mei, 2014.Lee Chong Wei bersyukur selepas menewaskan Kenichi Tago dalam acara perseorangan lelaki perlawanan akhir mereka dalam kejohanan badminton Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar ReutersKejayaan pasukan ini ke perlawanan akhir memberikan kegembiraan kepada negara dan menunjukkan betapa bodohnya kumpulan seperti Isma, Perkasa dan akhbar seperti Utusan Malaysia dan sekutu Umno lain yang sering memainkan isu perkauman dan menggelar kaum Cina sebagai penceroboh dan menyoal “Apa lagi Cina mahu” selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Faktanya adalah Malaysia menjadi kuat apabila rakyat Malaysia merayakan kepelbagaian.

Serta menjadi lebih kuat lagi apabila melaksanakan meritokrasi.

Tujuh lelaki yang berhempas-pulas dalam perlawanan akhir Piala Thomas merupakan pemain terbaik kita – bukan berjaya kerana kuota atau jaringan kuat kerana daripada kaum atau kumpulan tertentu.

Tujuh lelaki ini menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh bangkit mengatasi perbezaan politik dan pandangan memecah-belahkan oleh pihak yang percaya Malaysia hanya milik satu kaum atau agama di negara ini.

Sebaliknya, tujuh lelaki ini menunjukkan betapa silapnya hujah itu dan betapa tidak relevannya dalam perjalanan naratif negara.

Bukan hanya itu; Lee Chong Wei dan enam lagi rakan-rakannya dalam Pasukan Malaysia serta rakyat Malaysia yang turun ke New Delhi dan di hadapan televisyen seluruh dunia menunjukkan apa yang boleh menyatukan mereka.

Ia bukanlah kerana ketakutan kepada kaum lain merampas kekayaan dan hak atau diserang Yahudi dan Zionis, tetapi rakyat Malaysia yang berjuang sepenuh hati.

Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (kanan) meraikan kemenangan selepas menewaskan Keigo Sonoda dari Jepun dan Takeshi Kamura dalam acara beregu perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar Reuters, 26 Mei, 2014.Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (kanan) meraikan kemenangan selepas menewaskan Keigo Sonoda dari Jepun dan Takeshi Kamura dalam acara beregu perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar Reuters.Isma atau Perkasa boleh mengutuk mereka yang “menceroboh” negara dan menghantar mereka pulang, namun tiada siapa akan mendengar kata-kata mereka selagi Malaysia mempunyai juara mengalahkan dunia.

Juara-juara ini termasuk Lee Chong Wei yang semakin berumur dan rakan-rakannya dalam pasukan badminton negara – bukan mereka yang mempersoalkan kaum rakyat Malaysia lain atau sumbangan kepada negara.

Malaysia tidak memerlukan golongan yang memecah-belahkan negara, ia memerlukan golongan yang menyatukan rakyatnya seperti pasukan badminton negara.

Tidak seperti golongan rasis yang percaya kepada pecah dan perintah.

Untuk itu, kita harus berterima kasih kepada Lee Chong Wei dan rakan-rakannya kerana membuatkan kita bersorak, bertepuk tangan dan percaya kita boleh menang Piala Thomas yang kali terakhir kita menangi pada 1992.

Pasukan Malaysia gagal memenangi Piala Thomas malam tadi, tetapi dapat memenangi hati 30 juta rakyat Malaysia yang bersatu di belakang pasukan negara melawan Jepun.

Malaysia mungkin kalah 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan akhir di New Delhi, tetapi majoriti daripada kita mendapat kembali inspirasi dan keinginan untuk menjadi rakyat Malaysia – bersatu untuk negara.

Hanya jika Isma dan Perkasa faham bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia dan tidak perlu diingatkan bahawa kita adalah pendatang dan harus berterima kasih kepada orang asal kerana menetap di negara ini.

Mungkin permintaan ini terlalu besar kepada kumpulan yang percaya hanya pandangan mereka benar.

Tetapi kita masih mempunyai Pasukan Malaysia dan kita masih boleh meraikan mereka kerana semangat melawan dalam Piala Thomas 2014.

Kejayaan ini besar kerana hampir menang tetapi yang lebih baik lagi, mereka berjaya memenangi hati kita sebagai rakyat Malaysia

Tiada ulasan: