HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mei 2014

MENGAPA PERTIKAIKAN CALON DAP, DYANA ?

WFAUDZIN NS


MENGAPA ada yang pertikaikan calon DAP, Dyana Sofya bertudung dan berbaju kurung sewaktu hadir di pentas PAS di dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan?  Adakah kerana selama ini kita lihat beliau tidak bertudung maka kita kutuk dan keji beliau bila bertudung?

Memang benar, sebagai orang Islam menutup aurat itu wajib.  Tidak kira di mana pun fahaman politiknya maka hukum asas menutup aurat ini tetap wajib apatah lagi orang itu orang besar dan pemimpin negara yang sentiasa menjadi perhatian, contoh kepada rakyat.

Dyana Sofya adalah ahli DAP.  Namun beliau umat Islam dan tentunya beliau tidak boleh lepas dari hukum Islam di dalam bab aurat.  Ini perlu kita peringatkan kepada beliau bahkan sesiapa saja yang mengaku Islam.  Tetapi apabila beliau bertudung dan berbaju kurung atas apa niatnya sekalipun mengapa kita pertikaikan?  Patutnya kita memuji langkah permulaan itu dan doakan agar berterusan, bukannya mempertikaikan penampilannya itu.

Bimbing Dyana, bukan kutuk dan pertikaikan niatnya

Samada Dyana Sofya berniat untuk menjaga adab di pentas PAS atau apa pun niatnya, kita tidak ada hak pertikaikan nawaitu seseorang.  Sesiapa yang hampir dengan beliau mesti gunakan kesempatan ini untuk menasihatkan Dyana agar terus bertudung dan menjaga auratnya kerana itu adalah kewajipan umat Islam, bukannya memperlekehkannya.  Mudah-mudahan beliau diberi taufik dan hidayah untuk terus bertudung seterusnya menutup aurat dengan sempurna.

Apakah kita wajib undi calon Gerakan/Bn atas hujah Dyana tidak bertudung?  Soalan ini mudah untuk dijawab.  Pertamanya, Dyana tetap orang Melayu berugama Islam.  Beliau berada bersama PR iaitu satu gabungan yang menolak rasuah, kezaliman, fitnah dan penganiyaan ke atas rakyat.  Calon Gerakan pula berada di dalam Saf yang meneruskan rasuah, zalim dan terus menganiayai rakyat.

 Terlalu banyak isu yang boleh kita sebut betapa Bn ini menyusahkan rakyat.  Di antara dua pilihan ini, pilihlah yang kurang mudharatnya, atau paling baik untuk rakyat.  Tiada pilihan lain, kecuali calon dari PR, iaitu Dyana.

Tiada ulasan: